Tuesday, October 7, 2008

Hamas Tidak Mengiktiraf Presiden Mahmoud Abbas

07/10/2008 5:35pm

GENTING GAZA 7 Okt. – Anggota Parlimen daripada Hamas hari ini meluluskan resolusi tidak akan mengiktiraf Presiden Palestin, Mahmoud Abbas daripada Fatah selepas 8 Januari ini dan akan menggantikan tempatnya dengan pemimpin di kalangan mereka.

Resolusi tersebut turut menggesa agar Mahmoud mengeluarkan dekri esok supaya satu pilihan raya diadakan dalam tempoh tiga bulan, dalam apa yang disifatkan oleh Hamas sebagai tempoh perkhidmatan beliau kini telah sampai ke penghujung.

Ujar mereka, jika Mahmoud tidak meletakkan jawatan pada Januari ini, tempat beliau akan diambil alih sementara oleh Timbalan Speaker Parlimen, Ahmed Bahar sehingga pilihan raya diadakan.

Sepatutnya tempat tersebut diisi oleh Speaker Parlimen, Abdel Azizi Dueik, namun beliau kini ditahan di penjara Israel dan Ahmed secara umumnya bersetuju untuk mengisi kekosongan tersebut jika dipilih.

Bagaimanapun, menurut Nimer Hamad, seorang pegawai kanan kepada Mahmoud, resolusi berkenaan dikeluarkan sebagai langkah untuk memberi tekanan kepada Presiden yang berhaluan sederhana itu memandangkan Mesir kini berusaha untuk menjadi pengantara untuk mewujudkan perkongsian kuasa yang dicadangkan antara dua pergerakan yang bertelagah.

“Saya percaya Hamas bertindak demikian bagi menjejaskan dialog kebangsaan antara Hamas dan Fatah sebelum ia bermula di Kaherah, dijadual pada bulan depan,” kata Nimer.

Mahmoud dipilih menjadi Presiden pada Januari 2005, namun setahun kemudian Hamas menewaskan Fatah pada pilihan raya Parlimen dengan majoriti besar.

Hamas turut mengawal wilayah Gaza sejak 2007 dan Mahmoud hanya memerintah wilayah Tebing Barat. – AP


Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

Monday, October 6, 2008

Palestin lenyap tahun 2020?


Isnin, 22/09/2008 -Sheikh Ra'ed Salah, pemimpin gerakan Islam kawasan 1948, telah membongkar satu rancangan Zionis bertujuan untuk menhapuskan Palestin di timur Baitulmuqaddis sehingga tahun 2020.

Sheikh Salah berkata dalam satu temubual dengan Quds Press bahawa satu lagi sasaran perancangan Zionis untuk menhapuskan kehadiran Palestin di Baitulmuqaddis sehingga tahun 2050 ditunjukkan dengan langkah-langkah pihak berkuasa Israel merampas kad pengenalan, pelucutan warga Jerusalem, perobohan rumah dan penyitaan tanah. Beliau menjelaskan langkah-langkah itu sedang menuju ke arah perancangan ini.

Beliau berkata setiap peringkat perancangan IOA untuk mengyahudikan Baitulmuqaddis melalui penyitaan tanah dan beberapa institusi lain menambah lagi bukti bahawa penghapusan etnik IOA dalam bentuk baru sedang berlaku.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

10 Kanak-kanak Palestin keracunan makanan.




Isnin, 22/09/2008 -Institusi Mandela untuk hak asasi manusia dan tahanan politik melaporkan bahawa 10 kanak-kanak Palestin yang dikurung didalam penjara Telmond Israel telah menderita keracunan makanan selepas mereka disajikan dengan hidangan sardin.

Dalam laporan yang dikeluarkan selepas satu lawatan ke penjara tersebut, institut berkenaan berkata bahawa kes-kes keracunan terjadi di kalangan kanak-kanak di seksyen 14, dan menambah bahawa pihak pentadbir penjara telah memindahkan 15 daripada mereka ke klinik tempatan di mana 10 kanak-kanak tersebut mengalami keracunan makanan yang agak teruk

Dalam satu perkembangan yang lain, seorang banduan warga Palestin, Ra'ed Drabiya memberitahu peguam kelab banduan yang datang melawatnya bahawa doktor-doktor Israel dipenjara tersebut melayaninya seperti "bahan ujikaji".

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/