Tuesday, October 7, 2008

Hamas Tidak Mengiktiraf Presiden Mahmoud Abbas

07/10/2008 5:35pm

GENTING GAZA 7 Okt. – Anggota Parlimen daripada Hamas hari ini meluluskan resolusi tidak akan mengiktiraf Presiden Palestin, Mahmoud Abbas daripada Fatah selepas 8 Januari ini dan akan menggantikan tempatnya dengan pemimpin di kalangan mereka.

Resolusi tersebut turut menggesa agar Mahmoud mengeluarkan dekri esok supaya satu pilihan raya diadakan dalam tempoh tiga bulan, dalam apa yang disifatkan oleh Hamas sebagai tempoh perkhidmatan beliau kini telah sampai ke penghujung.

Ujar mereka, jika Mahmoud tidak meletakkan jawatan pada Januari ini, tempat beliau akan diambil alih sementara oleh Timbalan Speaker Parlimen, Ahmed Bahar sehingga pilihan raya diadakan.

Sepatutnya tempat tersebut diisi oleh Speaker Parlimen, Abdel Azizi Dueik, namun beliau kini ditahan di penjara Israel dan Ahmed secara umumnya bersetuju untuk mengisi kekosongan tersebut jika dipilih.

Bagaimanapun, menurut Nimer Hamad, seorang pegawai kanan kepada Mahmoud, resolusi berkenaan dikeluarkan sebagai langkah untuk memberi tekanan kepada Presiden yang berhaluan sederhana itu memandangkan Mesir kini berusaha untuk menjadi pengantara untuk mewujudkan perkongsian kuasa yang dicadangkan antara dua pergerakan yang bertelagah.

“Saya percaya Hamas bertindak demikian bagi menjejaskan dialog kebangsaan antara Hamas dan Fatah sebelum ia bermula di Kaherah, dijadual pada bulan depan,” kata Nimer.

Mahmoud dipilih menjadi Presiden pada Januari 2005, namun setahun kemudian Hamas menewaskan Fatah pada pilihan raya Parlimen dengan majoriti besar.

Hamas turut mengawal wilayah Gaza sejak 2007 dan Mahmoud hanya memerintah wilayah Tebing Barat. – AP


Dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

2 comments:

masu said...

aku rasa lau U.S xde problem kt palestin mesti leh settle..lg 1 umat islam kt sana kene brsatu..ni x,ada fatah ngn hamas..

Anonymous said...

naK wat camner ag...dah diOwg ade keRajaan sNdri...maSing2 naK piLeh keTua diOwg jd pM....saMe jer nGan mSia...